Tuesday, June 25, 2013

hari terakhir


Hari-hari yang terakhir untuk kita,
Hati mula bedegup laju
Mungkin terjahan  rindu yang kuat,
Atau ketakutan yang sangat kuat,
Debar,
Menanti hari-hari yang akan kemari
Tanpa kau di sisi,
Rutin-rutin harian akan mula berubah 
Semoga perasaan ini tidak berubah 
Harap,
wajah ini sering muncul  di gelap mata mu,
Menjadi kelopak mata pasangan mata mu,
Yang paling benar aku rindu perihal kita
Bercerita, berang, ejakan dan juga mainan kata-kata kita,
Dan yang pasti kau yang terbaik dalam hati,
 sampai mati,



Monday, June 24, 2013

tekad

"aku ingin ke tempat yang tak ku kenal dan bertemu orang asing kerna yang ku kenal telah menjadi asing, termasuk diriku." -adra



Kelaut, kebulan, kebintang,
Kehutan sekali pun,
Tekad,
Kau pasti ku kejar,
Terus bersama mu,
Wajah ini tidak mahu menjadi yang asing,
Walau pekat malam walau terang siang,
Wajah ini tidak mahu menjadi yang asing,
Tekad!
Di setiap tapak yang kau pijak ,
Setiap langkah kau buka
Tekad 
Aku mahu berada di sana, 
Terus bersama mu,
Wajah ini tidak mahu  terus menjadi yang asing
Walau  dipijak walau  pangkah
Wajah ini tidak mahu menjadi yang asing!
Noktah,

Saturday, June 15, 2013

pengorbanan

Bunuhlah naga tasik chini,
Penggallah beribu kepala garuda musuh si raja merong,
Walau hampir mati mencari penawar bersama inderaputera,
walau kau jadi benteng pada todak sekali pun,
Selama nyawa berkasih dengan jasad,
manusia tidak pandang ia satu pengorbanan,
mereka taksir pengorbanan itu hanyalah ketika
jasad dimakan tanah nyawa hilang ditutup langit

Monday, June 3, 2013

sebelum perang besar

kadang-kadang apa yang kita lalui
tak semua orang akan dapat  lalui apa yang kita lalui
setiap pekara yang kita faham
tidak semua orang akan faham sama dengan apa yang kita faham

kerana masing-masing dalam situasi berbeza,
masa,tempat, yang membuat ia berbeza.

mungkin pernah kita lalui
satu saat yang sangat tidak pernah kena.

membuat itu salah membuat ini salah.
lantas apa yang perlu di buat?
lebih bagus kalu tidak buat apa-apa,
tapi tidak buat apa-apa mungkin menjadi kesalahan satu juga.


sebelum perang besar,
jadilah manusia yang  kasar,
walau jasad di bakar.
tahan diam sambil terketar,
jangan takut memberi senyum yang mekar


adakah pengorbanan itu di lihat tika nyawa sudah tidak bercinta lgi dengan jasad?


Tuesday, April 23, 2013

Nasi putih, Daging manis


"Manis tak kurang,
rasa tak lajak,
jitu diatas tara,
seperti tuanya
yang manis ketawa"

Sunday, April 21, 2013

selamat malam

"Selimutlah mata hingga hujung gelap,
Peluklah mimpi-mimpi sampai ayam habis lelap.
Selamat malam manusia hampir malap.

Monday, April 1, 2013

waktu itu

Aku mahu waktu itu
kita sama-sama  lari dari teknologi.
biar waktu-waktu kita liat berdetik! 
lalu kita sama-sama mengutus surat
 dan menahan rindu yang kuat!