Friday, December 23, 2011

kotak kasut ada.....cinta monyet

hari khamis pagi aku bertolak balik ke kelantan
selepas terkandas di KL atas sbb2 kolej yang agak kurang faham
tentang hati seorang anak muda yang mahu bercuti,dan balik rumah dan makan makan-makanan yang lazat..

ye aku suka bertolak belah pagi ,sbb pagi aku boelh baca apa benda yang patut aku baca
dan boleh melukis dan boleh pikir idea2 baru..
tp kalau malam mesti tido punyaa... dan dgr org bedengkur!

aku sampai rumah ,rehat2 kejap.lepastu tempat selalu aku pergi ialah tempat rak2 komik dan buku2 aku .dulu dalam bilik aku ,sekrang bilik aku di korbankan untuk buat tempat sembahyang dan tempat tido tetamu...


apa yang best nya aku terjumpa beberapa kotak kasut ..hahhaa
dalam kotak tu ada surat2 cinta!ye surat2 cinta aku!
tahun 2004 nama dia (u)!hampir 10 tahun!!!!1
aku simpan lagi satu persatu surat2 tu...dan tak snaggup nak baca
terasa geli hhahaaa...

dan aku anggap tuh cinta monyet..
cinta betul2 ialah setahun kemudian
2005 nama dia (f).dan surat kecil sebesar 3 jari manusia dewasa yang normal.
tapi surat tu bukan surat cinta yang bertemakan kasih sayang.
tp lebih kepada surat cinta bertema makian dan kemarahan hahaa
hampir setahun baru dapat surat yang betul2 real kasih sayang haha.
dan lepas putus dgn (F) sampai sekrang aku msih single dan tak layan awek2 ni
dan bukan bermakna aku ni gay! aku ptus dagn f tu bulan 3 tahun 2006..

nasib baik aku tak buang surat2 cinta ni!uishh!
memang oldskul rasa..
mungkin korang tertanyakan tahun 2004 da ada handset,dan
zaman tu buat apa susah2 nak surat2..
hahhaa zmaan tu aku duk sekolah asrama.sekolah tahfiz
dan masa tu handset di larang di gunaka kan....
melalaikan kot..dan masa tu pergaulan
lelaki dan perempuan haram ..takleh langsung cakap dgn perempuan
bukan tak boleh langsung,tp
kalau yang penting boleh lah

dan aku da terniat dulu aku nak buat komik pasal
aku masa tahun ni..
hahha tp tepikir ada ke org nak baca pasal aku??

Sunday, December 18, 2011

kata-kata 1










"sesiapa yang mahu merindui aku atau mencintai aku,
harus dan wajib memberitahu kepada aku
biar rindu dan cinta itu menjadi halal"
aminlandak moscow 1954















.

Friday, December 16, 2011

cerek air






minggu lepas semasa aku balik dari kolej. selepas lepas turun dari bas aku terus balik rumah.sebelum ni pun mcm tu jagk,turun bas terus balik kecuali kalau aku nak jalan2 nak usha kedai2 perniaga berbangsa cina..ye aku suka tengok kedai2 mereka,.bukan pasal kedai tu aku nak cakap..aku nak crita pasal cerek air..


stesen bas dgn rumah aku takde lah jauh sangat.jarak dia sama dgn
dari rumah aku ek stesen bast tu.kira tak jauh lah.so di antara
rumah aku dgn stesen bas tu ada kedai besi buruk.kedai dia kecik je.
takde kedai pun sebenarnya. laki india tu hanya duduk atas kerusi kalau ada org nak jual barang barudia ambil.

so nak jadi kan cerita.
masa aku balik ada makcik naik moto,dan bonceng anak dia 2 orang
makcik tu bukan nak jual barang tp nak beli barang barang dia nak beli ialah cerek!
ye cerek!cerek yang da org tak nak guna dan org da jual ,cerek tu da jadi besi buruk!

mungkin secara normal kita lihat sebgai satu benda yang normal.
di antara pembeli yang mahu membeli cerek dgn penjual
tp bg aku itu tak normal.sbb cerek tu cerek buruk.
aku agak kesian kat makcik tu
serius agak sangat kasihan. sebenarnya kuala lumpur tak pernah menjanji kan apa2
tak semua org yang ada di kuala lumpur ni kaya.
dan kadang2 mereka konfius di antara mereka ni kaya atau tidak.

apa-apapun
aku harap mak cik tu murah razeki .dan mengunakan razeki yang
ada sebaik2 mungkin..