Monday, November 26, 2012

selamat ahri jadi amin landak

selamat hari jadi untuk aku!
semoga di panjangkan umur.murah razeki!
dan aku dapat apa yang aku kejar!
harap aku akan menjadi seorang legenda  kakka
lagenda seperti bruce lee dan jimi handrix!
kedua-dua legenda ni sama tarikh dengan aku!
 


Thursday, October 11, 2012

Pengapit dan perkahwinan Ainum (hamka kecil)

Pukul 3 lebih.. atau lebih tepat 3.37 malam
 Sepatutnya aku dah kena tido waktu macam ni, walaupun ni bukan waktu tido normal aku .
 Pagi nanti kena pergi perak! Naik bas seorang diri (suka gila macam ni)
esok perkahwinan Ainum dengan laki dia Fajar orang Indonesia.
Ainum  suruh jadi pengapit. arrghhhhh... susah nya. kakak aku punya kahwin pun
aku tak pernah jadi pengapit. sebab rasa macam tak cukup hensem untuk jadi pengantin.

Kalau ikutkan  memang tak nak pergi, tapi dia dah paksa dia nak sangat. Dia selalu cakap aku kawan baik dia. buakan aku tak iktiraf.tapi aku rasa aku tak cukup baik untuk jadi kawan baik dia.. di sebabkan aku berhutang budi dengan dia .dan aku pun tau dia tak ada kawan baik lelaki.mungkin sebab itu dia suruh aku jadi pengapit suami dia. aku nak tolak pun rasa berat hati.....

bila teringat balik. kami baru saja kenal lebih kurang setahun. mungkin lebih tepat setahun lebih sebulan dua macam tu.. kami kenal melalui FB. dan dia add aku. aku approve dia sebab dia sama-sama budak aktivis
matual friend kami samapi seratus lebih. masa tu dia masih belajar master di Indonesia. dia balik seblum puasa tahun lepas. lepas tu kami jumpa. aku tak pasti siapa yang mula ajak jumpa.

apa yang menyebabkan kami ni sekepala atau rapat ialah dia suka kembara, panjat gunung , masuk hutan.
pegi muzium baca buku benda sama. kekekeee dia ni buat freelance sebagai wartawan di Metro ,sinar harian  dan beberapa lagi.dia tulis artikel pasal dia panjat gunung.alaa pasal kembara-kembara.
setiap kali artikel dia keluar mesti dia SMS aku bg tau.  artikel di surat khabar metro. aku ada beli dan simpan lagi..hehehhe

dan dia bagi buku Soe hok gie "Catatan seorang demonstran" buku tu agak tebal dan agak rare untuk jumpa di malaysia, sbb buku tu buku indonesia.sekrang mungkin da senang nak jumpa sebab masa Event Pasaraya puasa hari tu ada orang jual buku tu.
Mula-mula ainum bagi pinjam, lepas tu dia cakap ambil kat aku, da setahun buku tu ada kat tangan aku sampai sekrang belum habis lagi baca.. kekeke tebal sangat!

Apa yang menarik ialah
nak jadi pengapit tapi baju melayu tak ada, so kena pinjam dengan orang dan benda ni jadi faktor aku rasa macam malasa nak pergi. Pagi semalam lepas bagun tido  aku ambil duit  dua posen aku cakap kalau kena kat gambar sireh aku pergi kalau kena kat no 2o sen tu aku tak pergi, 3 kali aku  buat tiga-tiga  gambar sireh! Demmm! aku tak puas hati lagi masa on the way nak beli frame gambar aku cakap dalam hati kalau
harga frame tu lebih dari RM 40 ringgir memang tak jadi pergi rumah ainum, bila sampai je harga RM 30 ringgit..demmm skali lagi. Aku tak puas hati lagi. aku cakap last lah ni. kalau tiket ke perak lebih dari RM 20 memang konfem tak beli tiket dan tak akan pergi. skali tanya tiket harga RM 14 ringgit je. demmm!
dalam hati aku cakap, Kenapa Tuhan beria-ria nak suruh aku pergi sana??
benda tu masih lagi satu tanya tanya. kenapa tuhan suruh aku pergi sana,sebab aku percaya setiap benda
yang berlaku akan ada sebab, antara kau perasan atau tak.

pulak-pulak baju melayu aku lak besar gedabak, labuh gile...
 apa-apa pun aku harap hari ni ada sesuatu yang baik.
dan majlis esok berlaku dengan baik.
dans elamat pengantin baru untuk

AINUM dan FAJAR  semoga berbekalan sehinga habis waktu!


P/S: tahun 2012 ada banyak kisah aku dengan perempuan, yang mana penghabisan dia aku menjadi seorang gagalist .nanti aku cerita,


Monday, October 8, 2012

Surat untuk Mak cik

Woit, Mak cik!

Saya tau Makcik masih lagi usha blog saya dan masih baca blog saya dari jauh!
Harap makcik sihat, dan terus ceria dengan hidup-hidup baru; hidup selepas saya.

Sebenarnya rasa pelik bila makcik tiba-tiba hilang! hidup ni rasa lain!
hari-hari rasa macam hilang sesuatu. Mungkin sebab kita terlalu rapat sebelum hari sudah.
sepanjang kecewaan saya pada cinta tahun ni, makciklah banyak teman saya,memenuhi waktu-waktu kosong. selalu masej saya. Makcik sangat baik pada saya,
secara jujur makcik memiliki sifat seorang ibu! cara makcik layan adik bongsu makcik.
cara makcik layan adik-adik makcik.

Malam-malam macam ni saya rasa pelik bila makcik tak ada, selalu kita msj kita SS,
selalu say kena kan makcik, lepas tu makcik guna ayat-ayat kiasan saya, makcik kena kan saya balik.
terlalu banyak benda indah bukan??

Makcik saya betul-betul keliru dengan apa yang saya rasa pada makcik.
Saya tak tahu kenapa saya tak dapat terima makcik. saya sendiri tak tahu
jawapan yang betul-betul tepat. seperti lagu Fix you dari cold play
"For some reason i can't explain" mungkin jawapan ni mengurangkan sedikit
beban jawapan kita.

Makcik dah tunggu jawapan  saya dah lama, dan jawapab saya ialah Tak! kononya saya cakap saya
tak mahu bagi harapan pada makcik, walhal dalam diam-diam saya dah lama bagi harapan
pada makcik. jahat bukan?

apa-apa pun makcik terus dengan hidup ni. banyak lagi benda kita nak lalui.

(tiba-tiba saya nak call makcik,... jap, saya call makcik, harap makcik jawab!..................................
....da call. tgh bunyi bep.bep.bep."sorry the number ..." saya call skali lagi .bep.bep.bep.bep. makcik tak angkat! last saya call..............................................ternyata makcik tak angkat. emm. )

baik kita sambung balik surat kita.
apa-apa pun makcik terus lah hidup ni, jangan lupa makan ubat. walaupun saya lupa panyakit apa makcik cakp hari tu..saya tau sakit tu bahaya ekna mengena dengan darah kan?
apa-pun makan ubat,jaga diri, kalau ada apa-apa bg tau saya, saya masih lagi sudi jadi Google Map makcik
kalau makcik dah couple bagi tau saya cepat-cepat, dan jangan mudah percaya kat lelaki!dan jangan cepat jatuh cinta,kenal hati budi dulu, kang  jadi macam saya naya makcik.

Saya tau makcik tengah baca tulisan ni.sebab saya pun masihfollow makcik dari jauh..
Makcik lah kawan baik saya!

sekian,


aminlandak




Thursday, October 4, 2012

Demam, Kucing, Razeki

Semalam aku demam,
selepas mimpi mak aku pegang lehir aku, dan cakap
badan aku panas, bangun tido betul-betul selsema dan malam
semalam aku demam..

sebelum tido semalam dalam pukul 2 macam tu, aku tak tahan.
pergi kedai bawah rumah beli Panaldo activefast.
bila dah turun bawah aku beli roti dan keropok segera.
Nak jadikan cerita, masa nak balik rumah, ada sekor kucing
putih atas kereta Iswara putih,  sebenarnya aku tak suka kucing,
atas beberapa sebab. ntah kenapa malam tu aku baik sangat.
pergi buka keropok segera tu dan bagi kat kucing tu satu keping.

dan cerita tu tak habis kat situ.
dalam keadaan tenat dan pengangguran, duit aku cukup-cukup
ada RM 30 ringgit, dah beli panaldo dua ,roti dan keropok, semua dalam RM 3 ringgit lebih.
untuk aku survive  beberapa hari  hanya ada RM 27 ringgit lebih.

aku bangun pagi tadi (khamis) sebab demam pukul 12 lebih bangun,
tiba-tiba Hadi distro buku call  suruh aku pergi rumah titi sebab nak design satu poster.
i aku pergi tolong takde harap apa-apa pulangan, bila dah siap Hadi cakap
nanti dia bayar. alhamdulillah..

aku cuba ambil  dengan posotif.
aku rasa semua ni mungkin sebab aku bagi keropok kat kucing tu,
dan Tuhan terus balas.
bagi aku tuhan tu tak bodoh dan tak jahat untuk kita, bila kita buat baik
mesti dia akan balas , benda ni semua akan dapat bila semua benda
kita berfikir dengan positif.

Monday, September 10, 2012

dairi penganggur #1

10 september 2012

Hari ni hari pertama melukis karikatur di Bukit Bintang. sudah lama tak melukis karikatur.
selepas je habis belajar  bulan Ogos hari tu sampai sekarang masih belum kerja,cuma ada buat sedikit Freelance dekat satu agensi, tapi agak lembab untuk bagi satu-satu kerja, dan satu pelangan lagi masih belum bayar upah selebihnya, kira agak menganggur sekarang. Lepas je habis belajar terus segan nak minta duit dengan Mak, Masa datang K.L  hari tu Mak tanya ada duit lagi tak, aku cakap ada lagi , Jadi dia bagi RM50. Campur-campur dengan duit raya dan duit lebih Freelance hari tu. Ada lah sikit, ttapi takdelah sampai kaya tapi boleh lah untuk hidup.

Dua tiga hari juga aku makan Nasi Bujang  kat gerai sebab cuba untuk jimatkan duit.
hari Ahad 3 september  Adik aku ajak pergi main Paintball . mula-mula aku tanya "kena bayar ke?"
Nasib baik tak kena bayar(fuuhhh!! lega) Masa tu memang aku miskin, tak ada kerja, duit freelance tak masuk lagi.memang Kutu lah..
Nak jadikan cerita masa balik dari main Paintball dekat cabang empat Greenwood tengah tunggu lampu isyarat ada  Makcik tua minta sedekah datang dekat kereta kita orang, aku hulur seringgit, dan Makcik tu berdoa. memang aku tak ada duit masa tu, tapi aku masih boleh makan, walaupun orang cakap dia tu dari agen/ sindikit ikut dia lah, walaupun dia sihat ada kaki tangan .itu bukan hal kita. memang orang cakap tak patut kita bagi,tapi cuba kau bayang kanlah dalam keadaan panas terik  dia pergi ke sesebuah kereta jual pen.bukan satu kerja yang mudah, dan tak salah untuk aku hulur sedikit untuk dia walaupun keadaan aku terdesak, RM 1 tak bawa aku kaya dan tak mengeyangkan perut aku pun,

aku percaya pada "Bila kau bagi satu dan kau adan dapat dua atau lebih"
dan ternyata memang betul aku  dapat banyak razeki selepas tu, kawan suruh lukis Rama-Rama kalau dia puas hati boleh buat Projek dengan dia, (Da siap dan kena lukis satu lagi)  hari jumaat teman kawan(Irfan Foner pelukis komik Smash#20 keluaran Komik-M) ke terengganu sebab dia ada bengkel komik di dan UNISZA, alhamdulillah dapat upah sedikit, lepas tu Amir extream pelukis karikatur ajak melukis di Bukit Bintang. dan tadi Pensyarah/kawan offer kerja part time dengan dia untuk buat Background untuk projek animasi, murah razeki untuk bulan ni..

Tapi duit tetap tak  cukup, Duit rumah terpaksa bayar lambat sebab tadi pergi beli barang untuk melukis karikatur , duit cukup-cukup RM100  dah beli kerusi lipat dua , drawingbord,sampul surat, Brush pen, semua hampir RM60 .

harap malam ni balik modal semua nya...


Tuesday, June 19, 2012

nikmat terlalu padat


kalau hati dapat bercakap,
tidak teragak-agak  meluah apa yang tidak teruncap,
kerana mulut terlalu bangsat,
menafikan nikmat yang terlalu padat,
- aminlandak

Friday, May 25, 2012

Abraham lincon



watercolour 
edit photoshop cs5

Friday, May 18, 2012

komik "tentang sesuatu"

berkolobrasi dengan PETAK 
untuk  membaca tulisan asal boleh chek kat sini

pesanan
"membaca dengan otak yang terbuka"




muka surat 1

muka surat 2
muka surat 3
muka surat 4
muka surat 5
6

Tuesday, May 15, 2012

poster final piala fa!



Poster untuk final Piala F.A,
guna konsep komik sebagai layout
dan watak karakter tu watak kepten kelantan (  Piya )
dan aku buat dia pakai kostum saimura.

apa-apa pun harap kelantan menang dalam perlawanan ni!
gomo klate gomo!

Sunday, May 13, 2012

freelance t shirt design

T-shirt Design untuk TRWNATION 
semua siap guna Photoshop cs5

sebarang tempahan dan pembelian 
                                                     boleh tempah online di website TRWnation

Sunday, April 15, 2012

rahsia

ada satu rahsia.
aku bagi,nanti kau sakit
nak simpan rasa tak patut.

aku nak bagi tp dalam masa
yang sama aku kena simpan.

kau akan sakit.aku yakin
satu hari tuhan akan bagi
juga masa untuk aku bagi kat kau
tp sekrang bukan masa ..

soal hati kita itu hal lepas.

Friday, March 23, 2012

David mack:inspirasi

david mack seorang pelukis komik dan illustrat0r dari amerika. antara
karya dia kabuki,dave devil dan lain lain
setiap hasil karya dia menjadi inspirasi kepada setiap lukisan aku.
mamat ni power dalam water colour dan dia ada stroke dan colour dia tersendiri.
dan mamat ni suka berexperiment dalam setiap lukisan dia.
aku banyak mempengaruhi dari dia. dan banyak jugak idea dia aku tiru dalam
setiap lukisan aku..

pertama kali aku kenal nama dan halis lukisan david mack
dalam majalah komik yang sangat aku kagum URBAN COMICS.
isu 13
selepas aku tgk artwork dia dalam majalah dia aku sangat2 suka
time 2003 time ni internet tak ada lagi so aku tak banyak dapat tengok hasil
lukisan dia hanya mengagumi sahaja dan time tu aku tak pandai mengaler
dalam erti kata lain water kaler pun aku tak pegang lagi dan masa tu jugak
aku tak pandai menilai lebih dalam artwork2 mamat ni..aku sekadar mengagumi, dan tidak tengok dengan lebih deatil hasil kerja dia.maksud aku di sini aku tengok lukisan dia hanya sebab cantik tidak atas sebb dia experimentdia meltak unsur2 budaya dalam artwork dia dll.
ia sama terjadi dengan lukisan adijin(pelukis URBAN COMIC) pada mula nya aku tak suka
dengan lukisan adijin. sebab lukisan dia banyak dailog tapi pada masa yang sama aku suka lukisan pinky (cara adijin kaler) dalam urban comics
(ok, adijin ni cerita lain hahha...)

masa 2010 time ni aku belajar
di malaysian institut of art (MIA) aku ambil illustration.
masa belajar ni aku banyak di beri pengatahuan tentang
seni. jadi bila belajar dapat ilmu kira da pandai dah nilai sikit2
hasil lukisan ni..masa balik kampung aku baca balik URBAN COMICS
sebab nak tengok lukisan adijin(aku tengok kali ni sebab aku da suka dengan lukisan dia)
.dan tiba-tiba jumpa yang interview pasal
david mack.dan time tu aku terus google
nama david mack dan tengok setiap inci lukisan dia..aku tengok dengan lebih detail.
dan di sbbkan aku ni bukan anak datuk,aku sekadar cucu datuk
aku hanya menelan air liur sahaja
untuk beli komik hasil david mack,so dengan sifat dendam
aku sebab bukan anak datuk aku terus download lukisan david mack kat
torrent (sapa sapa nak bg pendrave)

dan sampai sekrang aku masih tengok lukisan2 dia
untuk setiap painting aku..
ni sebahagian hasil lukisan dia


meletakan unsur graphic design(packaging) dalam artwork dia


ni adalah first artwork dia aku tengok dalam urban comic

unsur kolej,dan kalau perhatikan dengan detail david mack bermain dengan dua stroke yang lainan
kolaj! dan macam aku cakap mack ada colour dia tersendiri

unsur design (typography)


lukisan david mack kita boleh lihat sama seperti
lukisan aie dalam blues untuk aku dan aku dan sesuatu
dan lukisan adijin dalam siapa? versi URBAN COMICS dan pinky
(time ni aku da kagum adijin dan start buat dia jadi idola aku setelah tengok hasil
lukisan dia di KOMIKOO(ni komik terbaik!)

mungkin aie dan adijjin lukisan dia ada cara sendiri.
jika kita tengok lukisan aie, dia banyak main dengan water colour
dan dia meletakan unsur seni dan unsur budaya dalam komik dia,
dan ia satu stroke baru dalam lukisan malaysia.
adijin dalam lukisan aku siapa versi URBAN COMICS
dia banyak berexperiment ,
buat kolaj dan kaler campur guna pastel,marker,kaler pansel
(aku rasa banyak di pengaruhi oleh luksian david mack.aku rasa lah
harap dia buat pengesahan,dan kalaus alah minta maaf)

(aku akan update nanti pasal aie dan adijin lebih dalam lagi)




"ni segala penulisan ni atas pandangan aku,"


Monday, February 20, 2012

mungkin

"mungkin kau tak rindu aku seperti mana kau rindu dia
mungkin kau tak sayang aku seperti mana kau sayang dia
mungkin kau tak cinta aku seperti mana kau cinta dia
mungkin kau tak tahu yang aku rindu kau lebih dari kau anggapkan,
mungkin kau tak tahu yang aku sayang kau lebih dari kau fikirkan,
mungkin kau tak tahu yang aku cinta kau lebih dari kau rasa,
mungkin kau tak tahu siapa aku untuk kau sebenarnya
mungkin aku bukan siapa-siapa untuk kau
dan mungkin kemungkinan ini sekadar kemungkinan"

air

"air yang jernih kalau di biar lama-lama
akan jadi keruh jugak.
dan juga boleh kering kalau terus
di tinggal tanpa di isi.
sama juga dengan perasaan"
-hassan

Friday, February 10, 2012

Thursday, February 9, 2012

rapuh -tidak pernah tamat

"walaupun aku berehat.
rasa ini tidak pernah tamat
walau seminit
atau
sesaat sekalipun."
-hassan

rapuh -maaf faz

Wednesday, February 8, 2012

rapuh #12




"semenjak aku jumpa Aghar tadi,
takut pulak nak ajak
kau keluar"

"sebab?"

"entahlah,mungkin
kasian"

"dari sebab kasian, baik sebab hormatkan?"

"ye........"

"kau takut kan?"

"emm....."

"emm... aku dah buat keputusan,
ikhlas dari hati..emmm....
aku selesa berkawan dengan kau
sebab kalau kita lebih-lebih nanti nak lepas susah.
aku sakit tengok kau, kau sakit tengok aku
nak tak nak
aku kuburkan rasa tu.
aku rasa tak ada masalahkan?"

"entahlah....aku tak tahu nak komen apa lagi"

"emm...."

"mungkin tak ada masalah kot"

"mungkin??
kau masih berharap?"

"entahlah aku malas nak komen lebih.
tapi takpe lah kalau kau nak macam tu"

"kau dah putus asa?dah menyerah?
jangan bagi alasan no komen .
emmm.... tapi aku minta maaf"

"bila kau ada depan aku, aku tak rasa nak give up,
bila aku depan Aghar aku rasa bersalah.
kadang-kadang aku terfikir jugak rasa nak give up
sebab aku tak rasa kita akan lebih dan
sejauh mana kita kita boleh pergi.
tapi untuk cakap aku give up sepenuhnya
aku rasa tak adil dengan perasaan aku"

"aku tahu..
aku minta maaf,
tapi kalau kau nak cubalah,
aku tak halang.
kalau kau masihlah...."

"kau pun berharap kan?"

"Sekarang aku guna terapi redha aku nak
ikut flow je..
sebab masa aku sangat suntuk.
aku rasa tak banyak masa untuk
fikir tentang tu..
faham?"

"emm... susahnya ..
aku takut nak cuba. sebab aku tak boleh bagi apa-apapun kat kau.
aku tak ada janji untuk berjanji dengan kau nanti..
kenapa susah sangat ni....
haiiishhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"kau nak tahu tak?
sebenarnya kau tak yakin dengan diri sendiri
dan itu membuatkan aku tak yakin
dengan apa yang kita nak cuba"

"emm...."

"tak apa lah san...
lepas ni kalau kau ada hati dengan mana-mana
perempuan.
jangan fikir kau mampu atau tak untuk bahagiakan dia.
kau fikir yang kau mampu.
sebab apa yang aku belajar dengan aghar
dia selalu yakin kan aku...."

"susah faz...
kau tak kenal aku lagi.
kau mudah percaya dengan aku.
kau tak kenal aku sepenuhnya.
kau tak tahu siapa aku.
sebab aku tahu siapa aku sebenarnya"

"jadi kau ingat kau dah cukup kenal aku???"

"perempuan lain faz.
aku takut kau kecewa dengan aku"


"kau kena yakin kan diri kau sebelum kau yakinkan orang lain.
hidup aku bergantung pada
keyakinan orang letak pada aku"

" "maaf faz..aku seorang penakut "

"mungkin dalam situasi kita
memang kita kena guna terapi redha....
terapi jujur..


"tak apa lah faz..
aku nak off dah
nanti kita chat balik
ok
selamat malam
take care"

rapuh #11



"eh aghar..lama tak nampak,
kau dari mana ni?"

"eh broo..aku dari bangi"

"muka mengantuk je kau.. busy lagi ke?"

"hahaha..agak busy lah, semalam ada
ceramah kat klang, balik pukul 6 tadi.
sebab tu muka mengantuk ni"


"hahhaa...biasa lah tu..
so kau apa cerita sekarang?"

"tak ada cerita sangatlah.
macam ni lah busy je manjang.
kena pergi sana pergi sini.
minggu lepas ke perlis"

"sabarlah nak buat macam mana.
eh kau tahu budak-budak ni
nak buat demo pasal PTPTN?
kalau tak silap lah"

"ye aku ada dengar jugak.
bulan 6 tak silap."

"hahha dah lama dah tak berdemo ni.
rindu pulak nak rasa teargas.
harap-harap jadi lah demo ni.
PTPTN tu isu besar tu.bukan
hanya isu pelajar.tapi ia lebih dari tu
itu isu rakyat jugak tu"

"hahhaa..insyallah ok lah bro
gua gerak dulu ,ada kerja"

Tuesday, February 7, 2012

rapuh #10




"sekarang aku nampak kau semakin heppy je hassan?
selalu senyum depan handphone sahaja.."

"hahhaa ...salah ke aku heppy ?"

"tak salah kau nak heppy yang salah
kau senyum depan handphone tu
da macam orang gila .
awek ke?"

"hmm.... ntah lah .tak tau lah..aku pun keliru"

"apa yang nak di keliru nya?"

"aku dengan dia lah..aku tak tahu sama ada
kami ni kawan atau lebih"

"pelik benar gila kau ni..cuba cerita"

"haiisshhh kau ni..
emm...macam ni.
aku suka dia dan dia suka aku"


"oh takdelah gila sangat haha..
jadi apa yang kelirunya?
tak ada lah pelik sangat"

"pelik!!
sebab dia awek orang.
Dia kekasih Aghar"

"Aghar????? Aghar yang tu??oh shit! kau biar betul?"

"kau ingat aku boleh kaya
ke kalau tipu kau? ye Aghar yang tu"

"macam mana kau boleh kenal awek dia?"

"benda ni berlaku cepat sangat..susah nak cerita,
tp apa yang aku tahu
sekarang susah untuk aku dan dia bersama.
walaupun kita orang suka sama suka.
aku nak betul-betul serius dengan faz ,
tapi aku kasian sama Aghar"

"kasian?hahhaaa..."

"aku kasian kat dia.
Aghar waktu sekarang
perlukan seseorang untuk bagi semangat kat dia.
dalam perjuangan dia..
dia dahlah ramai orang nak attack dia. jadi takkan aku nak
ganggu hubungan dia dgn faz?"

"bukan ke sekarang kau da ganggu ke?"

"em...maksud aku takkan aku nak couple
dgn faz dan biar aghar kecewa sekrang.
dalam waktu2 runcing dalam hidup dia.
sebab tu aku kasian.."

"baik sangat lah kononya kau ni??
bajet macam drama tv3 lah kau ni san!hahhaa"

"fuck off! ayat kau macam celaka!"

"rilek lah san. kau ni emo lah,.eh kejap, macam mana faz ,
faz ea nama dia?

"ye daud"

"ok. macam mana faz tu boleh suka kau?
dia tak tahu ke yang dia tu da curang ??
kau kasian kat aghar,
tapi awek aghar curang dengan aghar"

"hmm... susah aku nak terangkan kat kau Daud..
macam aku cakap tadi lah.benda ni berlaku agak cepat,
dan tak masuk akal rasanya.
faz tu dia kecewa dengan aghar.
aghar terlalu busy untuk dia.
tak ada masa untuk dia. faz sunyi. kau tahukan agharkan
da famous selepas isu kontroversi dia tu.
dan lepas kejadian tu faz da hilang semua nya.
dia da hilang aghar yang dulu.
nak keluar bersama pun susah.nak msj pun susah.
dia rasa macam dia tak wujud dalam hidup aghar sekarang"

-jadi faz cari kau sebab dia sunyi?"

"bukan cari,tapi jodoh"

"ahh..ikutlah jodoh ke, cari ke.
kau tak rasa macam faz tu guna kan kau ke?
untuk dia isi ruang2 kosong dalam hati dia?
dia kecewa dgn aghar dan dia cari kau..
bila aghar da baik seperti dulu dia akan blah tinggal kan kau...
hahha sumpah dowh macam drama melayu lah..
serius!!
pastu kau tak dapat couple dgn dia.kau kecewa,pastu kau bunuh diri..
skrip cerita melayu lah.da banyak
kali da drama melayu macam ni. haha"


"setan betul kau ni!"




rapuh - rehat

Wednesday, February 1, 2012

rapuh #9


"kau marah aku?
marah sebab pegang tangan kau?"


"aku marah dan kecewa"


"faz ,aku minta maaf"


"aku tak sangka kita macam ni.
aku ingat kta hanya
lepak,makan ,cakap-cakap"

"faz.aku minta maaf sangat-sangat"

"aku rasa bersalah pada aghar.
aku tak sangka kita
boleh pegang tangan"

"aku minta maaf.aku tahu aku salah
jangan marah lagi.."

"emmm....."

"senyum sikit.."

"emm..... hassan aku nak kau
tahu. yang aku tak suka
orang pegang tangan aku dan sentuh aku
kerana itu hak aku.kau tak patut
buat macam tu pada aku..
dan sekrang aku berasa tersangat bersalah...."


"jadi kau da benci aku sekrang?
aku minta maaf sekali lagi"

"ni bukan soal benci hassan,
kita bukan sapa-sapa san
untuk kita pegang tangan..maaf hassan"

"tak faz..aku yang kena minta maaf..
aku janji aku tak akan buat lagi.
maaf sebab aku mencabul hak kau"

rapuh - tangan

rapuh - dekat tapi jauh

Tuesday, January 31, 2012

rapuh #8





"Eh..sampai bila kita nak
macam ni?"

"habis ,kau nak macam mana?"

"aku nak.... entahlah
aku sendiri pun tak tahu macam mana
aku nak"

"alaaa..cakap je"

"aku tak dapat nak bayangkan, sebab ia tak kan mengubah apa-apa"


"cakap je lah San, buat apa
nak simpan,nanti berkulat. Cakap."

"aku rasa awal lagi untuk aku fikir dan cakap.
sejujurnya apa yang aku fikir
aku memang nak kau jadi
kekasih aku, tapi takkan jadi kot..."

"kenapa?
kau yakin aku dan Aghar akan kekal?
macam ni sampai bila-bila?


"ye, aku yakin. kenapa kau tak yakin?

"ok.jadi kau da bersedia??"


"da..."


" bersedia apa-apa pun terjadi?"

"dari awal lagi dan aku tak kisah"

"kuatnya kau"

"kuat,tak kuat, tapi nak buat macam mana.
danjangan risau, sebab aku faham.
aku sudah bersedia segala kemungkinan.
aku tahu benda ni akan terjadi jugak.
terima je lah"


"emm......."

"aku percaya kau akan dengan Aghar.
cuma sekrang dia sibuk dan
aku yakin kita tak akan
lebih pun, mungkin tuhan jumpa aku dengan
kau untuk kita sama-sama
rasa happy dan hilang rasa sunyi"

"walaupun sementara?"

"sekurang-kurangnya ada
dan aku boleh
rasa balik ,sama seperti 6 tahun lepas"

"lamanya san....kau seorang yang kuat..."

"hmmm.... mungkin sebab aku milo pagi-pagi"

rapuh - handset

Monday, January 30, 2012

rapuh #7


"lelaki memang egokan hassan?"
suka nafi apa yang dia rasa,
semata-mata nak menjaga ego"

"apa yang ego?
jadi aku ni hipokrit ?

"bukan hipokrit, tapi ego.
suka tapi sanggup tahan, tak nak mengaku.
geram aku"

"kenapa nak geram?"

"geramlah sebab kalau
aku tak cakap,kau takkan cakap kan?"

"hahahaa...memang aku tak berani."


"lepas ni bila kau suda suka
sseseorang,bagi tahu cepat-cepat
berani terima risiko"

"aku tak berani"

"kau tak boleh macam ni"

"sebab aku rasa terlalu cepat
untuk aku cakap dekat kau
hari tu"

"ni bukan soal cepat atau lambat"

Saturday, January 28, 2012

penjelasan rapuh

mungkin orang akan keliru dengan
cerita rapuh kerana dia hanya dailog
sahaja..
untuk penjelasan
cerita rapuh ni sengaja buat dalam bentuk dailog
sebab aku nak pembaca tu merasai watak2
dalam tu.dan setiap dailog tu menjelaskan siapa
watak2 tu.keadaan ,perasaan watak tu..
mungkin ia agak berat, tapi aku cuba untuk
membuat kelainan..
sebab aku mahu pembaca membaca setiap dailog
dan merasai perasaan watak tu,dan juga berfikir

harapan aku.. dalam pembaharuan ni.tak menjadi masalah~


rapuh #6



"Aku pernah cakap dekat Aqhar dulu,
aku mahu kahwin dengan dia tahun 2014, kalau lebih
2014 kita orang masih belum kahwin,
aku takkan kahwin dengan dia,
kejam tak?

"jadi Aqhar cakap apa?"


"Dia gelak,bunyi macam gurau kot,
aku tak ingat,dah lama benda ni.
tapi aku kuat pegang ayat tu.
kejam kan?"

"kenapa kau cakap macam tu dengan Aghar?"

"sebab 2014 umur aku sudah 25"

"sebab kau nak kahwin awal?
kasian Aqhar"

"kenapa?"

"sebab kau buat dia
terpaksa bertindak,
macam aku dengan bekas kekasih aku dulu , Farrah"

"kau tahu tak perempuan ni senang sahaja
bukan susah pun nak layan.
kau dengar cerita dia, kau curi masa dia sedikit,
kau bagi kepastian yang kau akan stay,
bukan paksa untuk bertindak,
atleast bagi keyakinan je"

"aku sudah buat semua tu tapi dia
tetap tinggalkan
aku jugak.
emm... lupakan je"

Thursday, January 26, 2012

rapuh #5


"kenapa Tuhan jumpakan
kau dengan aku?"

"sebab Tuhan tak mahu tengok
aku sedih dan ia mahu aku happy"

"Tuhan tu baikkan?"

"baik, sangat baik.... tapi kalau
kita tak usaha cari kebahagiaan
dia takkan bagi"

"aku sudah usaha banyak kali,
dan aku jumpa kau,
tapi sayang....."

"sabarlah, kalau bukan
setahun dua mungkin 10 tahun. aku bukan
nak beri harapan kepada kau.
sebab aku pun dah
macam berharap"

"jangan...... aku takut.
aku tak suka kau berharap"


"emmm..."


"sebab aku takut aku tak dapat
bagi yang sebaik aghar"


"orang yang berharap
adalah orang yang normal San,"

"tolong jadi orang tak normal Faz.
sekali ni sahaja"


"aku ada pendirian kenapa
aku suka kan kau,
dan buat apa kau nak bagi macam dia bagi?
aku tak minta apa-apa pun.
aku nak kau tahu, aku wanita normal, yang ada perasaan
untuk disayangi dan diberi perhatian...walaupun sesibuk
manapun,sekurang-kurangnya luanglah
masa untuk aku, aku tak minta banyak.
atleast aku tahu yang aku ni
wujud
sorry hassan..mungkin ini terlalu jujur,
maaf
aku kena pergi"

"kenapa kau nak pergi?
salah ke kalau kau jujur?"


"aku tau tak salah. tapi aku
tak dapat teruskan. Aku rasa
macam aku
paksa kau untuk dengar"

"tak faz...tak apa..
nikmatilah saat happy ni, mungkin ia tak lama,
dan takkan kekal. sekurang-kurangnya
kita menghargai pemberian tuhan ni"

"terima kasih hassan, kau
lelaki yang baik."

"tak.."

"untunglah sapa dapat kau"

"aku dah tak tahu nak cakap apa"

rapuh #4

"Aku rasa nak menangis pulak... hassan"

"faz..."


"apa-apa pun terjadi kita
tetap kawan kan?"

"hahhaha.....ok boss.. yerr.."


"kau buat aku menangis sekarang"

"faz..jangan! aku lemah tengok
perempuan menangis "

"habis, aku suka kau,kau suka aku
at last kita tak dapat
buat apa, kita tak mengubah apa-apa2"




rapuh (komik)

Wednesday, January 25, 2012

rapuh #3


"faz.. apasal kau suka aku?"

"sebab kau jadi diri kau
masa hari pertama
kita jumpa"

"kau tahu mana hari pertama tu
diri aku?"

"sebab sampai sampai sekrang
perangai kau
sama dari hari tu"


"hahhaa.....ramai orang tak suka
aku mungkin sebab tu kot..
sebab aku jadi diri aku...
mungkin orang lebih suka orang yang hipokrit,
mungkin Fatimah tak suka
aku sebab perangai yang
tak sweet ni"

"dengan fatimah ,kau cuba
jadi orang lain?"

"tak..se inci pun tak,
aku jadi macam aku ni lah.
macam mana kau tengok aku macam tu lah"

"oh.... tapi dia tak nak?"

"mungkin dia sudah ada orang yang dia suka.
aku tak kisah pun,dan salah aku
juga sebab tak pernah cakap
dekat dia

"oh... its okay hassan..sabar lah"

"aku pun dah tak berharap
apa-apa dah"

"aku doa kan kau satu hari nanti
kau akan dapat perempuan
yang terbaik untuk kau"

"insyallah...
dan aku harap mudah-mudahan
kau dan Aghar kahwin dan bahagia"

"kau buat aku nak menagiis Hassan"

"hmm......"

"apa-apapun kita tetap kawan ,hassan"

revolusi dengan cinta



Tuesday, January 24, 2012

rapuh #2

"kadang-kadang tak semua
benda kita boleh
bagi tahu"

"tapi kadang-kadang bila
kita nak cakap
sesuatu kita kena cakap terus"

"aik...cakap kat diri
sendiri ke?"

"cakap kat kau lah, kau
cakap separuh"

"kadang-kadang kita kena cakap separuh
untuk buat orang
teka teki "


"ahh..tak de teka-tekinya,
orang jujur berkawan terus cakap"

"eemmm...janji tak khianat aku?
kau jujur berkawan dengan aku tak?"

"ye..aku jujur,kenapa?

"kau betul-betul nak tau
malam ni?kenapa?"

"kenapa?sebab kau buat benda
ni jadi suspen"

"hmm..ok.aku...akuu..
aku suka kau!
err..percaya tak?"

"hah, tipu, serius?"

"aku tahu aku tak patut cakap ni,
tapi aku bukan jenis
simpan rasa aku,
aku minta maaf sebab bagi tahu jugak
sorry..so sorry......"

"tak pe.. sekurang-kurangnya kau berani,
tak mcm aku,
serius aku tak berani,seberani kau"

"ok...kau pulak suka sapa?
cepat bagi tahu aku..
atleast aku boleh tido lena"

"kau rasa sapa?"

"aku tak tahu, aku tak
kenal kawan-kawan kau"

"Sapa?

"aku tak tau,tolong..."

"kau"

"hah"

"dalam blog tu kau"

"hassan..aku betu-betul
speechless"

"hmmm...sorry
aku memang tak seberani macam kau"

"aku cemburu bila
Kin sebut nama fatimah depan aku,"

"tapi kau aqhar punya"

"habis, apa nak buat"

"hari tu, aku malas jumpa
aqhar,aku cuba mengelak"

"kau jeles?"

"dan kenapa aku mengelak dari
aqhar aku sendiri tak tau"

"kau jealous kan?
hey... come on ,
mengaku atau deny?
let me know"

"ada dua sebab ..... satu aku tak nak
dia kenal aku siapa. Aku takut
jadi isu nanti"

"hmmmm....."

"sekarang aqhar dah kenal aku dan
aku tak sampai hati nak
cakap dekat kau hal perasaan ni.
sebab aku tahu aqhar orang baik..."

"hassan... dah la,tak perlu rasa bersalah"

"memang dah rasa bersalah pun,
kau tak takut aqhar?"

"weh.. salah ke aku suka kau?"

"aku rasa macam kau khianat
hubungan kau"

"aku cuma cakap aku suka ,
aku tak cakap pun aku
akan tinggalkan aqhar"

"hmm.."

"ada jodoh ,adalah"





Monday, January 23, 2012

rapuh - cahaya


dia
mula jadi kelopak mata aku
tapi dia
sudah jadi hati orang lain
dan aku
,sama seperti hari-hari yang lepas
dan dia
tetap menajadi cahaya



Sunday, January 22, 2012

rapuh - gagal lagi



gagal sekali lagi....
hari tu ingat ia satu permulaan,
tapi itu bukan permulaan,
bukan juga pengakhiran tapi
perasan

bukan jodoh..
ayat yang selalu di guna kan
semenjak 6 tahun lepas...



Tuesday, January 17, 2012

rapuh - rasa

sangat lama tak merasa seperti ni
rasa lebih manis dari
6 tahun dulu

sekarang sangat sempurna~
terima kasih tuhan
bagi balik rasa indah ni..


Sunday, January 15, 2012

rapuh #1

"awek orang cantikkan?
cantik dari perempuan lainkan?"

"hmmm"

"dah tahu dia cantik, tunggu lagi?sampai bila?
pergilah dan bagi
tau dia"

"hmm...."

apa kau tunggu lagi?
kau takkan dapat kalau kau tengok
dari jauh macam ni,
masih nak tunggu?

"dia dah....dia da ..
orang punya,dah ada cincin kat
jari"

"bertunang baru,apa salahnya?"

"tak salah bagi kau,tapi salah bagi aku!!
dan aku tak ada hak untuk
merampas kasih sayang orang,"

"aku tak kata kau harus
rampas dia, aku suruh kau luahkan
apa kau rasa"

"dan lepas tuh?lepas aku luah kan?
couple dengan dia?"

"terpulang",

"dan itu bukan merampas?"

"tapi,kalau dia sudah mahukan kau?"

"sebab itu aku tak nak mula,
aku lebih selesa macam ni"

"sampai bila?
sampai dia jauh kedepan baru
kau nak mula?
tunggu sampai dia betul-betul
hilang ?"

"emmm..."

"aku bukan suruh kau merampas
tapi aku mahu kau luahkan.
kau belum tahu dia
betul-betul bahagian
dengan cincin di jari dia
aku nak kau cakap,sekurang-kurangnya
dia tahu ada orang memerhati dia"

"kalau dia betul-betul bahagia?
dan belum tentu aku boleh
bagi kebahagian seperti tunang dia"


"kau terlalu banyak "kalau"
sebab itu sampai sekarang
kau tak dapat sesiapapun"



sinopsis rapuh



sinopsis


hassan seorang lelaki yang selalu gagal dalam bercinta
setiap kali dia menyukai perempuan yang dia suka,
perempuan itu pasti milik orang.
kali terakhir hassan bercinta 6 tahun lepas dengan farrah,
tetapi cinta dia hanya kekal 2 bulan sahaja.farrah memutuskan
hubungan dengan hassan kerna farah mahu bertunang dengan
orang lain. setelah 6 tahun tanpa cinta
hassan terjumpa dengan fatimah,dan fatimah berjaya
membuat hassan menyukainya, tapi seperti hari-hari yang lepas
fatimah sudah milik orang..dan faz muncul dalam hidup hassan.
faz seorang gadis yang dalam kesunyian kerana kekasih nya
aqhar seorang aktivis yang sangat sibuk dan di landa kontroversi
sehingga tidak ada masa untuk faz. dan pada masa yang sama
hassan menyukai faz dan faz juga menyukai hassan...

Wednesday, January 11, 2012

preview komik "sempurna berkuasa"






"jadi apa guna pembelajaran selama ini?
kalau kita masih menganggap keganasan
itu penutup segala cerita,
masih merasakan yang berkuasa
itu bersifat sempurna"
-sempurna berkuasa

Monday, January 9, 2012

jalan raya




sesungguhnya agak lama aku tidak post artwork dalam blog aku.
lepas ni aku akan cuba merajin kan post~


last sem pensyarah aku suruh pilih satu topik dari tahun 2000-2011 apa yang mengubah situasi hidup kau. jadi aku pilih jalan raya di malaysia!
ye jalan raya kat malaysia sangat2 hebat!
kadang-kadang kau naik motor seperti naik kuda. dan banyak isu dalam hal

jalan raya di malaysia. org berkuasa minum kopi
atas jalan. jalan berlubang, orang ternama yang
penting diri sendiri, tiba-tiba kereta menjadi kapal
layar masa banjir kilat.. isu mat rempit. honk
cari maki .dan banyak sangat cerita atas jalan raya ni
cuma kau fikir lah sendiri
penat untuk aku cerita~

bukan nak memburuk malaysia,
tp aku tak suka bercerita tentang
kecantikan /kebaikan semata2
seperti begitu sempurna..





Sunday, January 8, 2012

kasar








"gaya dan kata-kata
kau terlalu kasar untuk
perempuan"


"serius,aku tak pandai nak
jadi sweet,aku masih baru dalam
hal ni"







.