Thursday, January 26, 2012

rapuh #5


"kenapa Tuhan jumpakan
kau dengan aku?"

"sebab Tuhan tak mahu tengok
aku sedih dan ia mahu aku happy"

"Tuhan tu baikkan?"

"baik, sangat baik.... tapi kalau
kita tak usaha cari kebahagiaan
dia takkan bagi"

"aku sudah usaha banyak kali,
dan aku jumpa kau,
tapi sayang....."

"sabarlah, kalau bukan
setahun dua mungkin 10 tahun. aku bukan
nak beri harapan kepada kau.
sebab aku pun dah
macam berharap"

"jangan...... aku takut.
aku tak suka kau berharap"


"emmm..."


"sebab aku takut aku tak dapat
bagi yang sebaik aghar"


"orang yang berharap
adalah orang yang normal San,"

"tolong jadi orang tak normal Faz.
sekali ni sahaja"


"aku ada pendirian kenapa
aku suka kan kau,
dan buat apa kau nak bagi macam dia bagi?
aku tak minta apa-apa pun.
aku nak kau tahu, aku wanita normal, yang ada perasaan
untuk disayangi dan diberi perhatian...walaupun sesibuk
manapun,sekurang-kurangnya luanglah
masa untuk aku, aku tak minta banyak.
atleast aku tahu yang aku ni
wujud
sorry hassan..mungkin ini terlalu jujur,
maaf
aku kena pergi"

"kenapa kau nak pergi?
salah ke kalau kau jujur?"


"aku tau tak salah. tapi aku
tak dapat teruskan. Aku rasa
macam aku
paksa kau untuk dengar"

"tak faz...tak apa..
nikmatilah saat happy ni, mungkin ia tak lama,
dan takkan kekal. sekurang-kurangnya
kita menghargai pemberian tuhan ni"

"terima kasih hassan, kau
lelaki yang baik."

"tak.."

"untunglah sapa dapat kau"

"aku dah tak tahu nak cakap apa"

No comments:

Post a Comment

terima kasih komen!