"awek orang cantikkan?
cantik dari perempuan lainkan?"
"hmmm"
"dah tahu dia cantik, tunggu lagi?sampai bila?
pergilah dan bagi
tau dia"
"hmm...."
apa kau tunggu lagi?
kau takkan dapat kalau kau tengok
dari jauh macam ni,
masih nak tunggu?
"dia dah....dia da ..
orang punya,dah ada cincin kat
jari"
"bertunang baru,apa salahnya?"
"tak salah bagi kau,tapi salah bagi aku!!
dan aku tak ada hak untuk
merampas kasih sayang orang,"
"aku tak kata kau harus
rampas dia, aku suruh kau luahkan
apa kau rasa"
"dan lepas tuh?lepas aku luah kan?
couple dengan dia?"
"terpulang",
"dan itu bukan merampas?"
"tapi,kalau dia sudah mahukan kau?"
"sebab itu aku tak nak mula,
aku lebih selesa macam ni"
"sampai bila?
sampai dia jauh kedepan baru
kau nak mula?
tunggu sampai dia betul-betul
hilang ?"
"emmm..."
"aku bukan suruh kau merampas
tapi aku mahu kau luahkan.
kau belum tahu dia
betul-betul bahagian
dengan cincin di jari dia
aku nak kau cakap,sekurang-kurangnya
dia tahu ada orang memerhati dia"
"kalau dia betul-betul bahagia?
dan belum tentu aku boleh
bagi kebahagian seperti tunang dia"
"kau terlalu banyak "kalau"
sebab itu sampai sekarang
kau tak dapat sesiapapun"
No comments:
Post a Comment
terima kasih komen!