Monday, September 10, 2012

dairi penganggur #1

10 september 2012

Hari ni hari pertama melukis karikatur di Bukit Bintang. sudah lama tak melukis karikatur.
selepas je habis belajar  bulan Ogos hari tu sampai sekarang masih belum kerja,cuma ada buat sedikit Freelance dekat satu agensi, tapi agak lembab untuk bagi satu-satu kerja, dan satu pelangan lagi masih belum bayar upah selebihnya, kira agak menganggur sekarang. Lepas je habis belajar terus segan nak minta duit dengan Mak, Masa datang K.L  hari tu Mak tanya ada duit lagi tak, aku cakap ada lagi , Jadi dia bagi RM50. Campur-campur dengan duit raya dan duit lebih Freelance hari tu. Ada lah sikit, ttapi takdelah sampai kaya tapi boleh lah untuk hidup.

Dua tiga hari juga aku makan Nasi Bujang  kat gerai sebab cuba untuk jimatkan duit.
hari Ahad 3 september  Adik aku ajak pergi main Paintball . mula-mula aku tanya "kena bayar ke?"
Nasib baik tak kena bayar(fuuhhh!! lega) Masa tu memang aku miskin, tak ada kerja, duit freelance tak masuk lagi.memang Kutu lah..
Nak jadikan cerita masa balik dari main Paintball dekat cabang empat Greenwood tengah tunggu lampu isyarat ada  Makcik tua minta sedekah datang dekat kereta kita orang, aku hulur seringgit, dan Makcik tu berdoa. memang aku tak ada duit masa tu, tapi aku masih boleh makan, walaupun orang cakap dia tu dari agen/ sindikit ikut dia lah, walaupun dia sihat ada kaki tangan .itu bukan hal kita. memang orang cakap tak patut kita bagi,tapi cuba kau bayang kanlah dalam keadaan panas terik  dia pergi ke sesebuah kereta jual pen.bukan satu kerja yang mudah, dan tak salah untuk aku hulur sedikit untuk dia walaupun keadaan aku terdesak, RM 1 tak bawa aku kaya dan tak mengeyangkan perut aku pun,

aku percaya pada "Bila kau bagi satu dan kau adan dapat dua atau lebih"
dan ternyata memang betul aku  dapat banyak razeki selepas tu, kawan suruh lukis Rama-Rama kalau dia puas hati boleh buat Projek dengan dia, (Da siap dan kena lukis satu lagi)  hari jumaat teman kawan(Irfan Foner pelukis komik Smash#20 keluaran Komik-M) ke terengganu sebab dia ada bengkel komik di dan UNISZA, alhamdulillah dapat upah sedikit, lepas tu Amir extream pelukis karikatur ajak melukis di Bukit Bintang. dan tadi Pensyarah/kawan offer kerja part time dengan dia untuk buat Background untuk projek animasi, murah razeki untuk bulan ni..

Tapi duit tetap tak  cukup, Duit rumah terpaksa bayar lambat sebab tadi pergi beli barang untuk melukis karikatur , duit cukup-cukup RM100  dah beli kerusi lipat dua , drawingbord,sampul surat, Brush pen, semua hampir RM60 .

harap malam ni balik modal semua nya...


2 comments:

terima kasih komen!