Thursday, October 4, 2012

Demam, Kucing, Razeki

Semalam aku demam,
selepas mimpi mak aku pegang lehir aku, dan cakap
badan aku panas, bangun tido betul-betul selsema dan malam
semalam aku demam..

sebelum tido semalam dalam pukul 2 macam tu, aku tak tahan.
pergi kedai bawah rumah beli Panaldo activefast.
bila dah turun bawah aku beli roti dan keropok segera.
Nak jadikan cerita, masa nak balik rumah, ada sekor kucing
putih atas kereta Iswara putih,  sebenarnya aku tak suka kucing,
atas beberapa sebab. ntah kenapa malam tu aku baik sangat.
pergi buka keropok segera tu dan bagi kat kucing tu satu keping.

dan cerita tu tak habis kat situ.
dalam keadaan tenat dan pengangguran, duit aku cukup-cukup
ada RM 30 ringgit, dah beli panaldo dua ,roti dan keropok, semua dalam RM 3 ringgit lebih.
untuk aku survive  beberapa hari  hanya ada RM 27 ringgit lebih.

aku bangun pagi tadi (khamis) sebab demam pukul 12 lebih bangun,
tiba-tiba Hadi distro buku call  suruh aku pergi rumah titi sebab nak design satu poster.
i aku pergi tolong takde harap apa-apa pulangan, bila dah siap Hadi cakap
nanti dia bayar. alhamdulillah..

aku cuba ambil  dengan posotif.
aku rasa semua ni mungkin sebab aku bagi keropok kat kucing tu,
dan Tuhan terus balas.
bagi aku tuhan tu tak bodoh dan tak jahat untuk kita, bila kita buat baik
mesti dia akan balas , benda ni semua akan dapat bila semua benda
kita berfikir dengan positif.

2 comments:

  1. Tuhan kadang akan bayar cash kebajikan kita,
    Semoga cepat kebah demam tu!

    ReplyDelete
  2. terima kasih!
    sekrang demam pun da ok sikit..
    semoga tuhan murahkan razeki untuk kau skali

    ReplyDelete

terima kasih komen!