Tuesday, January 31, 2012

rapuh #8





"Eh..sampai bila kita nak
macam ni?"

"habis ,kau nak macam mana?"

"aku nak.... entahlah
aku sendiri pun tak tahu macam mana
aku nak"

"alaaa..cakap je"

"aku tak dapat nak bayangkan, sebab ia tak kan mengubah apa-apa"


"cakap je lah San, buat apa
nak simpan,nanti berkulat. Cakap."

"aku rasa awal lagi untuk aku fikir dan cakap.
sejujurnya apa yang aku fikir
aku memang nak kau jadi
kekasih aku, tapi takkan jadi kot..."

"kenapa?
kau yakin aku dan Aghar akan kekal?
macam ni sampai bila-bila?


"ye, aku yakin. kenapa kau tak yakin?

"ok.jadi kau da bersedia??"


"da..."


" bersedia apa-apa pun terjadi?"

"dari awal lagi dan aku tak kisah"

"kuatnya kau"

"kuat,tak kuat, tapi nak buat macam mana.
danjangan risau, sebab aku faham.
aku sudah bersedia segala kemungkinan.
aku tahu benda ni akan terjadi jugak.
terima je lah"


"emm......."

"aku percaya kau akan dengan Aghar.
cuma sekrang dia sibuk dan
aku yakin kita tak akan
lebih pun, mungkin tuhan jumpa aku dengan
kau untuk kita sama-sama
rasa happy dan hilang rasa sunyi"

"walaupun sementara?"

"sekurang-kurangnya ada
dan aku boleh
rasa balik ,sama seperti 6 tahun lepas"

"lamanya san....kau seorang yang kuat..."

"hmmm.... mungkin sebab aku milo pagi-pagi"

rapuh - handset

Monday, January 30, 2012

rapuh #7


"lelaki memang egokan hassan?"
suka nafi apa yang dia rasa,
semata-mata nak menjaga ego"

"apa yang ego?
jadi aku ni hipokrit ?

"bukan hipokrit, tapi ego.
suka tapi sanggup tahan, tak nak mengaku.
geram aku"

"kenapa nak geram?"

"geramlah sebab kalau
aku tak cakap,kau takkan cakap kan?"

"hahahaa...memang aku tak berani."


"lepas ni bila kau suda suka
sseseorang,bagi tahu cepat-cepat
berani terima risiko"

"aku tak berani"

"kau tak boleh macam ni"

"sebab aku rasa terlalu cepat
untuk aku cakap dekat kau
hari tu"

"ni bukan soal cepat atau lambat"

Saturday, January 28, 2012

penjelasan rapuh

mungkin orang akan keliru dengan
cerita rapuh kerana dia hanya dailog
sahaja..
untuk penjelasan
cerita rapuh ni sengaja buat dalam bentuk dailog
sebab aku nak pembaca tu merasai watak2
dalam tu.dan setiap dailog tu menjelaskan siapa
watak2 tu.keadaan ,perasaan watak tu..
mungkin ia agak berat, tapi aku cuba untuk
membuat kelainan..
sebab aku mahu pembaca membaca setiap dailog
dan merasai perasaan watak tu,dan juga berfikir

harapan aku.. dalam pembaharuan ni.tak menjadi masalah~


rapuh #6



"Aku pernah cakap dekat Aqhar dulu,
aku mahu kahwin dengan dia tahun 2014, kalau lebih
2014 kita orang masih belum kahwin,
aku takkan kahwin dengan dia,
kejam tak?

"jadi Aqhar cakap apa?"


"Dia gelak,bunyi macam gurau kot,
aku tak ingat,dah lama benda ni.
tapi aku kuat pegang ayat tu.
kejam kan?"

"kenapa kau cakap macam tu dengan Aghar?"

"sebab 2014 umur aku sudah 25"

"sebab kau nak kahwin awal?
kasian Aqhar"

"kenapa?"

"sebab kau buat dia
terpaksa bertindak,
macam aku dengan bekas kekasih aku dulu , Farrah"

"kau tahu tak perempuan ni senang sahaja
bukan susah pun nak layan.
kau dengar cerita dia, kau curi masa dia sedikit,
kau bagi kepastian yang kau akan stay,
bukan paksa untuk bertindak,
atleast bagi keyakinan je"

"aku sudah buat semua tu tapi dia
tetap tinggalkan
aku jugak.
emm... lupakan je"

Thursday, January 26, 2012

rapuh #5


"kenapa Tuhan jumpakan
kau dengan aku?"

"sebab Tuhan tak mahu tengok
aku sedih dan ia mahu aku happy"

"Tuhan tu baikkan?"

"baik, sangat baik.... tapi kalau
kita tak usaha cari kebahagiaan
dia takkan bagi"

"aku sudah usaha banyak kali,
dan aku jumpa kau,
tapi sayang....."

"sabarlah, kalau bukan
setahun dua mungkin 10 tahun. aku bukan
nak beri harapan kepada kau.
sebab aku pun dah
macam berharap"

"jangan...... aku takut.
aku tak suka kau berharap"


"emmm..."


"sebab aku takut aku tak dapat
bagi yang sebaik aghar"


"orang yang berharap
adalah orang yang normal San,"

"tolong jadi orang tak normal Faz.
sekali ni sahaja"


"aku ada pendirian kenapa
aku suka kan kau,
dan buat apa kau nak bagi macam dia bagi?
aku tak minta apa-apa pun.
aku nak kau tahu, aku wanita normal, yang ada perasaan
untuk disayangi dan diberi perhatian...walaupun sesibuk
manapun,sekurang-kurangnya luanglah
masa untuk aku, aku tak minta banyak.
atleast aku tahu yang aku ni
wujud
sorry hassan..mungkin ini terlalu jujur,
maaf
aku kena pergi"

"kenapa kau nak pergi?
salah ke kalau kau jujur?"


"aku tau tak salah. tapi aku
tak dapat teruskan. Aku rasa
macam aku
paksa kau untuk dengar"

"tak faz...tak apa..
nikmatilah saat happy ni, mungkin ia tak lama,
dan takkan kekal. sekurang-kurangnya
kita menghargai pemberian tuhan ni"

"terima kasih hassan, kau
lelaki yang baik."

"tak.."

"untunglah sapa dapat kau"

"aku dah tak tahu nak cakap apa"

rapuh #4

"Aku rasa nak menangis pulak... hassan"

"faz..."


"apa-apa pun terjadi kita
tetap kawan kan?"

"hahhaha.....ok boss.. yerr.."


"kau buat aku menangis sekarang"

"faz..jangan! aku lemah tengok
perempuan menangis "

"habis, aku suka kau,kau suka aku
at last kita tak dapat
buat apa, kita tak mengubah apa-apa2"




rapuh (komik)

Wednesday, January 25, 2012

rapuh #3


"faz.. apasal kau suka aku?"

"sebab kau jadi diri kau
masa hari pertama
kita jumpa"

"kau tahu mana hari pertama tu
diri aku?"

"sebab sampai sampai sekrang
perangai kau
sama dari hari tu"


"hahhaa.....ramai orang tak suka
aku mungkin sebab tu kot..
sebab aku jadi diri aku...
mungkin orang lebih suka orang yang hipokrit,
mungkin Fatimah tak suka
aku sebab perangai yang
tak sweet ni"

"dengan fatimah ,kau cuba
jadi orang lain?"

"tak..se inci pun tak,
aku jadi macam aku ni lah.
macam mana kau tengok aku macam tu lah"

"oh.... tapi dia tak nak?"

"mungkin dia sudah ada orang yang dia suka.
aku tak kisah pun,dan salah aku
juga sebab tak pernah cakap
dekat dia

"oh... its okay hassan..sabar lah"

"aku pun dah tak berharap
apa-apa dah"

"aku doa kan kau satu hari nanti
kau akan dapat perempuan
yang terbaik untuk kau"

"insyallah...
dan aku harap mudah-mudahan
kau dan Aghar kahwin dan bahagia"

"kau buat aku nak menagiis Hassan"

"hmm......"

"apa-apapun kita tetap kawan ,hassan"

revolusi dengan cinta



Tuesday, January 24, 2012

rapuh #2

"kadang-kadang tak semua
benda kita boleh
bagi tahu"

"tapi kadang-kadang bila
kita nak cakap
sesuatu kita kena cakap terus"

"aik...cakap kat diri
sendiri ke?"

"cakap kat kau lah, kau
cakap separuh"

"kadang-kadang kita kena cakap separuh
untuk buat orang
teka teki "


"ahh..tak de teka-tekinya,
orang jujur berkawan terus cakap"

"eemmm...janji tak khianat aku?
kau jujur berkawan dengan aku tak?"

"ye..aku jujur,kenapa?

"kau betul-betul nak tau
malam ni?kenapa?"

"kenapa?sebab kau buat benda
ni jadi suspen"

"hmm..ok.aku...akuu..
aku suka kau!
err..percaya tak?"

"hah, tipu, serius?"

"aku tahu aku tak patut cakap ni,
tapi aku bukan jenis
simpan rasa aku,
aku minta maaf sebab bagi tahu jugak
sorry..so sorry......"

"tak pe.. sekurang-kurangnya kau berani,
tak mcm aku,
serius aku tak berani,seberani kau"

"ok...kau pulak suka sapa?
cepat bagi tahu aku..
atleast aku boleh tido lena"

"kau rasa sapa?"

"aku tak tahu, aku tak
kenal kawan-kawan kau"

"Sapa?

"aku tak tau,tolong..."

"kau"

"hah"

"dalam blog tu kau"

"hassan..aku betu-betul
speechless"

"hmmm...sorry
aku memang tak seberani macam kau"

"aku cemburu bila
Kin sebut nama fatimah depan aku,"

"tapi kau aqhar punya"

"habis, apa nak buat"

"hari tu, aku malas jumpa
aqhar,aku cuba mengelak"

"kau jeles?"

"dan kenapa aku mengelak dari
aqhar aku sendiri tak tau"

"kau jealous kan?
hey... come on ,
mengaku atau deny?
let me know"

"ada dua sebab ..... satu aku tak nak
dia kenal aku siapa. Aku takut
jadi isu nanti"

"hmmmm....."

"sekarang aqhar dah kenal aku dan
aku tak sampai hati nak
cakap dekat kau hal perasaan ni.
sebab aku tahu aqhar orang baik..."

"hassan... dah la,tak perlu rasa bersalah"

"memang dah rasa bersalah pun,
kau tak takut aqhar?"

"weh.. salah ke aku suka kau?"

"aku rasa macam kau khianat
hubungan kau"

"aku cuma cakap aku suka ,
aku tak cakap pun aku
akan tinggalkan aqhar"

"hmm.."

"ada jodoh ,adalah"





Monday, January 23, 2012

rapuh - cahaya


dia
mula jadi kelopak mata aku
tapi dia
sudah jadi hati orang lain
dan aku
,sama seperti hari-hari yang lepas
dan dia
tetap menajadi cahaya



Sunday, January 22, 2012

rapuh - gagal lagi



gagal sekali lagi....
hari tu ingat ia satu permulaan,
tapi itu bukan permulaan,
bukan juga pengakhiran tapi
perasan

bukan jodoh..
ayat yang selalu di guna kan
semenjak 6 tahun lepas...



Tuesday, January 17, 2012

rapuh - rasa

sangat lama tak merasa seperti ni
rasa lebih manis dari
6 tahun dulu

sekarang sangat sempurna~
terima kasih tuhan
bagi balik rasa indah ni..


Sunday, January 15, 2012

rapuh #1

"awek orang cantikkan?
cantik dari perempuan lainkan?"

"hmmm"

"dah tahu dia cantik, tunggu lagi?sampai bila?
pergilah dan bagi
tau dia"

"hmm...."

apa kau tunggu lagi?
kau takkan dapat kalau kau tengok
dari jauh macam ni,
masih nak tunggu?

"dia dah....dia da ..
orang punya,dah ada cincin kat
jari"

"bertunang baru,apa salahnya?"

"tak salah bagi kau,tapi salah bagi aku!!
dan aku tak ada hak untuk
merampas kasih sayang orang,"

"aku tak kata kau harus
rampas dia, aku suruh kau luahkan
apa kau rasa"

"dan lepas tuh?lepas aku luah kan?
couple dengan dia?"

"terpulang",

"dan itu bukan merampas?"

"tapi,kalau dia sudah mahukan kau?"

"sebab itu aku tak nak mula,
aku lebih selesa macam ni"

"sampai bila?
sampai dia jauh kedepan baru
kau nak mula?
tunggu sampai dia betul-betul
hilang ?"

"emmm..."

"aku bukan suruh kau merampas
tapi aku mahu kau luahkan.
kau belum tahu dia
betul-betul bahagian
dengan cincin di jari dia
aku nak kau cakap,sekurang-kurangnya
dia tahu ada orang memerhati dia"

"kalau dia betul-betul bahagia?
dan belum tentu aku boleh
bagi kebahagian seperti tunang dia"


"kau terlalu banyak "kalau"
sebab itu sampai sekarang
kau tak dapat sesiapapun"



sinopsis rapuh



sinopsis


hassan seorang lelaki yang selalu gagal dalam bercinta
setiap kali dia menyukai perempuan yang dia suka,
perempuan itu pasti milik orang.
kali terakhir hassan bercinta 6 tahun lepas dengan farrah,
tetapi cinta dia hanya kekal 2 bulan sahaja.farrah memutuskan
hubungan dengan hassan kerna farah mahu bertunang dengan
orang lain. setelah 6 tahun tanpa cinta
hassan terjumpa dengan fatimah,dan fatimah berjaya
membuat hassan menyukainya, tapi seperti hari-hari yang lepas
fatimah sudah milik orang..dan faz muncul dalam hidup hassan.
faz seorang gadis yang dalam kesunyian kerana kekasih nya
aqhar seorang aktivis yang sangat sibuk dan di landa kontroversi
sehingga tidak ada masa untuk faz. dan pada masa yang sama
hassan menyukai faz dan faz juga menyukai hassan...

Wednesday, January 11, 2012

preview komik "sempurna berkuasa"






"jadi apa guna pembelajaran selama ini?
kalau kita masih menganggap keganasan
itu penutup segala cerita,
masih merasakan yang berkuasa
itu bersifat sempurna"
-sempurna berkuasa

Monday, January 9, 2012

jalan raya




sesungguhnya agak lama aku tidak post artwork dalam blog aku.
lepas ni aku akan cuba merajin kan post~


last sem pensyarah aku suruh pilih satu topik dari tahun 2000-2011 apa yang mengubah situasi hidup kau. jadi aku pilih jalan raya di malaysia!
ye jalan raya kat malaysia sangat2 hebat!
kadang-kadang kau naik motor seperti naik kuda. dan banyak isu dalam hal

jalan raya di malaysia. org berkuasa minum kopi
atas jalan. jalan berlubang, orang ternama yang
penting diri sendiri, tiba-tiba kereta menjadi kapal
layar masa banjir kilat.. isu mat rempit. honk
cari maki .dan banyak sangat cerita atas jalan raya ni
cuma kau fikir lah sendiri
penat untuk aku cerita~

bukan nak memburuk malaysia,
tp aku tak suka bercerita tentang
kecantikan /kebaikan semata2
seperti begitu sempurna..





Sunday, January 8, 2012

kasar








"gaya dan kata-kata
kau terlalu kasar untuk
perempuan"


"serius,aku tak pandai nak
jadi sweet,aku masih baru dalam
hal ni"







.